ayat take 5!


Ayat Lima sebaiknya dijadikan amalan harian...Banyak kelebihan seperti yang dicatatkan oleh Ulama dan guru-guru...Ada juga yang menggelarkan ia ayat PERANG ( mengentarkan hati musuh dan memberi keberanian luarbiasa kepada pengamal )...Banyak diamalkan oleh Guru Silat dan Perawat sebagai usaha membenteng diri dan serangan...

Diguna juga dalam perubatan...Santau..Busung...dan permainan sihir jarak jauh ( tiada Jin pada badan pesakit ).

Kelebihan ayat Lima ini seperti yang dinyatakan ulama ialah ia mempunyai sejumlah 50 Qof didalamnya...ia bukan KAF40 atau Kaf44 atau Kaf50....Namun sewajarnya di Jazamkan dulu amalan Basmallah...

Ustatz pembongak!


Daku dah mula hangin ni....Ramai sangat dah tersangkut dengan Ustaz2 Celup..belajar Reiki ke hapa lepas tu adjust fine tune sistem pembelajaran masukan sistem pernafasan...last2 tersedut JIN beruk entah dari mana..ini semua karut je...Ada yang kritikal lagi teruk, asal ingat Allah aje..badan bergetar...kalau getar zuk atau fana takpe le jugok, ini getar pasal seolah-olah dah assign Allah hanya KATANAMA sahaja...susah nak buang beb...sebab ingat Allah je terus sangkut...

Sebenarnya tak yah main nafas-nafas ni...zikir aje Allah..Allah..dengan merendahkan suara kamu..Relax je....Nanti kalau dah mampat ..dada dah mula sesak..barule minta guru luaskan salur 4 nafas tersebut..Napas Tanapas Ampas Nupus...Tidak boleh di buka besar terus..sebab kalau zikir ciput ..lubang nafas besar ..ia mengalir perlahan..camna nak cuci karat..Kalau zikir banyak lubang nafas kecil...maka sesak lah dada..kalau ngam2-ngam barulah sempurna ZIKIR JET ( Macam Water Jet ) ..laju berdesup..mudah tanggal karat2 dihati...So always refer to your guru..Sebab Guru wajib tahu petua-petua ini sebab nak jadi Guru minima nya mesti boleh tengok siksa kubur..atau paling rendah pun boleh melihat dengan matahati yang dalam...Membesarkan keempat-empat salur nafas ni adalah secara berkala dan ianya tidak sama dari seorang salik ke seorang salik...Sesak nafas juga mungkin disebabkan ada gangguan dalam badan samda angin atau pun jin dan makhluk ghaib..Zikir yang mula dah nak mantap akan mengakibatkan hawa angin bergerak...begitu juga akan mengancam makhluk halus yang menumpang..maka Guru kena tahule...kalau tak tahu..belajar le lagi sebelum mengaku Guru...daku kira lain sebab Daku kan Sifu....

Zikir itu sendiri banyak levelnya...nanti kalau dah tinggi perubahan antara perlahan...senyap...di Qalbu akan sentiasa goes around...macam kalau kita terlebih dengar orang mengumpat...pasti secara auto kita terzikir secara kuat sekadar cukup didengari telinga sendiri...zTongkat lidah akan datang kemudian bila ia nya sebagai melengkapkan litar insan itu sendiri...Hu Allah..Allah Hu itu hanya sebahagian je..ianya boleh dibuat sebagai pakaian kepada Pakaian roh kita yang dalam..atau sebagai ilmu keduniaan...

Kekuatan Kursi allah...


Wa cakap lu...Ilmu Allah ni Maha Luas...tiada bertepi...So daku lanjutkan dengan memulakan di topik baru.

Kota Qursi :

Amalan ini bermula dengan membaca Doa Pembuka Amalan dan bersambung dengan Ayatul Qursi. Ia dikatakan sebesar-besar kota...Biasa dijadikan Pembuka dan Penutup gelanggang silat oleh Guru2 yg tidak bersekongkol dengan Wali Songo Bunian...Jin2..Tok Belang...dan sebagainya...selama daku membuka gelangang Silat tidak pernah lagi ditembusi oleh mana2 unsur sihir dan hasad dengki manusia dan Jin.

Ia sesuai untuk perawqat yang membuka pusat rawatan kalau pusat itu dianggap Gelangang...

Maka ia ada kaitan dengan menjazam bismillah, Ibu Bismillah...Menjazam Pembuka Amalan dan Menjazam Qursi.


Sesudah diamalkan dan di jazamkan....maka lanjutkan amalan dengan memilih jumlah2 tertentu sebagai istiqomah kita...kalau kita dah tetapkan 18x sehari...maka jangan main YO-YO..hari ni 18..esok 200...lusa 3..tulat 135..dan seterusnya..hendaklah di amalkan yang termampu..katakan 18...biarlah 18x ..lebih takpa...sebab iman kita pun macam belon ma...cuma jangan kurang...

Maka untuk amalan ampuh pendinding ada disertakan beberapa kaifiat yakni yang diluar procedure biasa...Ini kerana hendaklah setiap insan itu mempunyai ISO 9000...ada faham ?


Qursi 8 :

Ianya dinamakan 8 kerana ianya dibaca lapan kali...

Bacaan Qursi sekali pada setiap tempat dibawah :

1) Di tiup kehadapan..sambil makrifat ada didinding didepan
2) Di tiup kebelakang ( pakai makrifat je ).sambil makrifat ada didinding dibelakang
3) Di tiup kekanan..sambil makrifat ada didinding dikanan
4) Di tiup kekiri..sambil makrifat ada didinding dikiri
5) Di tiup keatas..sambil makrifat ada didinding diatas
6) Di tiup kebawah..sambil makrifat ada didinding dibawah
7) Di tiup pada diri...
8) Di telan air liur ... Air kautsar...Merangkumi kesemua 7-7 dinding qursi tadi..yakni macam Bola melingkungi segi empat sama...


Qursi 15 :

Setelah cukup Qursi 8 tadi..boleh sahaja diteruskan dengan bacaan 15x Qursi...dengan niat Ya Allah..lindungilah diriku dan Keluargaku serta harta bendaku sejauh mata memandang...


2 Kaedah yang daku turunkan disini hanya ikhtiar sahaja...dan hendaklah diasingkan dari amalan Qursi yang kita lazimi...

Cara guna ialah diamalkan setiap hari atau bila hati berdetak seolah sesuatu akan berlaku...

Mereka yang melazimi bacaan Qursi pasti di beri gerak rasa oleh Allah s.w.t. Bila hendak keluar bekerja..hati terasa kurang enak...relax dulu, kata Saleem Main dam 2 -3 papan...selawat...sampai tenang..dan baca qursi sekali mohon dijauhkan segala kesukaran

Ayat Qursi dan Kaifiat Mengamalnya....
Oleh kerana ramai benar peminat Syeikh Kandiyas al Tambi al Banjari Al Kedahi Al Machester United....ada baiknya daku stop kan ke bullshitan ni semua once for all...

ITU Kandiyas...daku kasi body Slam je...Mengarut je...

Sesuai dengan kebesaran Ayatul Qursi..Khadam Ayat tersebut pastilah Kekasih Allah sendiri yakni Muhammad s.a.w

Maka kerana itu untuk menjazamkan Ayat Qursi hendaklah selawat dan salam serta di hadiahkan Al-Fatihah kepada Rsulullah s.a.w

Di sebelah Patani...Ramai tok-tok Guru menggunakan Qursi sebagai Salah Satu Cara melindung diri didalam Kaedah Lam Jalalah.

Kaedah menjazam ayat Qursi yang paling asas ialah


1) Baca Selawat..Hadiah Fatihah pada Rasulullah s.a.w dan Guru2..Niat nak jazamkan Amalan Ayatul Qursi

2) Di amal selepas Isyak sebanyak 313x tanpa putus yakni tidak boleh batal wuduk atau bercakap di pertengahan..Kalau terbatal, terkentut atau sakit perut secara tiba2..pi le toilet.takan kaifiat dalam toilet pun daku nak ajar...Biasanya kalau jadi camtu...pasti ada unsur2 mistik...

3) Kalau dah batal...ambil wuduk balik dan buat balik dari asal yakni start 0.

4) Kalau tak larat...buat di lain malam...malam jumaat tak digalakan...takut kaum ibu merengek-rengek atau kaum bapa gelisah semacam je...Tapi nak buat apa salahnya..kalau Batal jangan cakap daku tak pesan....Ada member yang sampai 7 malam baru dapat sukses..daku cakap kalau ada apa2 kelebihan seperti pahala dan sebagainya untuk malam yg gagal 6 kali tu..tetap ada...sebab kita baca Al-Quran

5) Tak payah baca 9 perhentian..baca cam biasa je...Baca bismillah boleh sekali dipermulaan sahaja...


Sesudah Jazam....Bolehlah mula diamalkan untuk pakaian harian...
Pilih samada 7x, 18x, 21x, 51x, 72x, 144x sehari....Tidak perlu sekali gus...

Peringatan :

Kaedah 7x - untuk self defense
18x - sudah ada auto censor - bila berhampiran tempat angker atau orang yg bermasalah pasti kita dapat terasa sesuatu..itu bergantunglah kepada tahap kepekaan memasing...boleh di uji dengan bertanya kepda mereka yg boleh scan nampak.
51x - Boleh menjadi ancaman kepada sihir dan makhluk halus
72x dan 144x tu korang dah boleh jadi ULTRAMAN TARO...

Suatu kaifiat lain sesudah jazam ialah membaca dalam wuduk 1,000x selama 41 hari...daku sendiri tak pernah dapat..Daku dapek buek 21 hari je....Yang ini tak yah straight cuma perlu wuduk aje....Perghhhhhhhhhhhhhh...Sifu daku tak pernah kasi tau apa kelebihannya...daku pun amal masa meningkat remaja dahulu...

Bismillah boleh jadi pendinding??

Dah ramai orang tahu akan Bismillah 6 ini...Namun disebabkan ianya selalu digandingkan dengan Doa Nurun Nubuwah maka daku dengan ikhlas hati mengijazahkan kepada sesiapa pun yang berminat tanpa apa2 bayaran.

Ia biasa dibaca selepas solat. Dalam perubatan biasanya di bacakan pada limau sekali. bersama Doa Nurun Nubuwah. Ianya suatu pagar
yg ampuh jika diamal dengan tartil dan istiqomah..bahakan cara menjazamkannya amat mudah 100x sehari...tidak terikat pada waktu dan tidak perlu serentak atau one shot.


Pakaian Pendekar dahulu kala ketika ingin bergerak ke Medan pertempuran.

Mematikan Bisa Santau.

Penaik Seri Wajah.

Juga dibaca pada hajat yg amat penting...so ragu2 lagi dengan kekuasaan tuhanmu?? test tengok...

Surah al fatihah untuk pengampunan??

Dari Futuhat Ibn ‘Arabi : Apabila membaca fatihah, mulakan dengan basmalah dlm satu nafas tanpa berhenti, Aku berkata Abu al-Hasan mengkhabarkan pada ku dari.....(disebut hampir 15 nama) dari Ali b Abi Talib, dari Abu Bakar al-Siddiq,dari Muhammad s.a.w dari Jibril, dari Mikail, dari Israfil: Allah berfirman pada ku “O Israfil, dngn kekuasaan dan kebesaran Ku, kemurahan dan kemuliaan Ku, barangsiapa membaca sekali BismillahirRahmanirRahim bersambung dengan fatihah, bersaksilah yg Aku mengampuninya, menerima amalnya dan Aku tidak akan membakar lidahnya dngn api dan Aku akn memelihara dia dari siksa kubur, siksa api, dan siksa hari kebangkitan. Wallahu a'lam


Kalau sihir biasanya tiada le nak makan atau hirup darah haid atau nifas...namun kekadang tok pawang yg malas nak kasi makan dan mendapat upah yg lebih akan menyuruh Jin2 sihir tu just amik je darah mangsa...maka sakit akibat sihir akan menjadi bertambah..so knpe korang ragu2 dengan kuasa tuhan lagi?? cuba ini...

wamaromaita,itsz romaita walakinallah haramah,
la tataha raku biisnillahi..YAA ALLAH!!

(Sapukan tangan kanan dan kekiri untuk kekuatan sejati..)
amalkan ini untuk sebatian ilmu sendiri, d dlm kerumitan atau rasa terancam..pikir satu je dah,,ALLAH!!!
FUH, INSYALLAH, ia ttp mujarab untuk tenaga sesakmuu..

Mohonlah kepadanya, dengan ini...


allahhummainni nasaluka
min hoirinkulillah,
wauuzubika zubakna,anta minad'zolimin.....
(senjata kecergasan otak manusia)

Selamat kembali semua!

Amalan itu,
adalah santapan nurani,
dan nurani itulah sebahagian,
dan keseluruhan itulah,
pengetahuan....

Dimana,
lantaran kita berada dlm kejahilan,
ilmu seperti pemandu,
memancu sebuah lantaran baru........

Seperti,
lautan dan mergastua menyimpan harta,
jauh terplosok,
berjaga,
tidak semudah bayangan didalam jiwa....


(santapan nurani)
far_east